MAKLUMAN BERKENAAN PENDAFTARAN DI DALAM SISTEM SMART CONSENT (SMAC) / SISTEM PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK UNTUK :-
- PERMOHONAN MEMINDAH MILIK HARTANAH HARGA KAWALAN (RUMAH KOS RENDAH) ;
- PERMOHONAN PENDAFTARAN PINDAH MILIK MELALUI LELONGAN AWAM
Untuk makluman semua, mulai 15 Januari 2021 (Jumaat) semua Permohonan Memindah Milik Hartanah Harga Kawalan (Rumah Kos Rendah) dan Permohonan Pendaftaran Pindah Milik Melalui Lelongan Awam perlu memuatnaik dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai wajib di bahagian lampiran bagi menyelesaikan proses penghantaran permohonan di dalam Sistem Smart Consent (Smac) / Sistem Permohonan Kebenaran Pindah Milik. Tuan/Puan juga harus mengemukakan sesalinan “Maklumat Permohonan” dan “Dokumen LPHS” yang boleh dicetak apabila selesai membuat pendaftaran secara atas talian. Semua permohonan yang tidak didaftarkan secara atas talian terlebih dahulu dan tidak mengikut jenis pendaftaran yang betul tidak akan diterima oleh petugas kaunter semasa penghantaran dokumen dilakukan. Penambahbaikan yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran dan semakan permohonan kebenaran pindah milik dapat dipermudahkan.