Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor
Syarat-Syarat Kebenaran Pindah Milik
- Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN DARI TARIKH PERJANJIAN JUAL BELI sedia ada
- Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :
– Permohonan baru,rayuan pertama dan rayuan seterusnya : RM100.00
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas ;
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ;
- Had jumlah pendapatan ditetapkan berdasarkan harga pasaran kedai dan kilang (harga rendah) seperti Jadual 2 berikut :-
Jadual 2 Bil. Julat Harga Pasaran Hartanah Komersial (Harga Rendah) Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM) 1 RM 120,000.00 – RM 180,000.00 10,000.00 2 RM 180,001.00 – RM 240,000.00 12,000.00 3 RM 240,001.00 – ke atas 15,000.00 - Tempoh pendaftaran perniagaan tertakluk kepada harga pasaran kedai / kilang / industri mampu milik seperti Jadual 3 berikut :-
Jadual 3 Bil. Julat Harga Pasaran Hartanah Tempoh Perniagaan 1 RM500,000.00 ke bawah Minimum 6 bulan 2 RM500,001.00 dan ke atas Tidak tertakluk - Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi lima (5) tahun daripada perjanjian jual beli / Kontrak Lelongan sebelum boleh dijual semula ;
- Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang hartanah komersial di Negeri Selangor kecuali Bil. 2 (Jadual 3) ;
- Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam Negeri Selangor / kawasan Lembah Klang.
- Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang / rela hati tanpa apa-apa balasan / tiada hubungan kekeluargaan dan belian / pemilikan secara lelongan dari tarikh memeterai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti perintah pembahagian pusaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik.
- Penetapan kadar fi pemprosesan yang baru bagi setiap kategori permohonan kebenaran pindah milik di LPHS adalah seperti berikut :
Bil. Kategori Permohonan Bayaran Fi (RM) 1 Permohonan kali pertama, rayuan pertama dan rayuan seterusnya RM100.00