SOHO, SOVO / SOFO

Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor

Kediaman Komersial (Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO) dan Boutique Office (SOVO / SOFO)

Syarat-Syarat Kebenaran Pindah Milik

  1. Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN
  2. Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI
  3. Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :– Permohonan baru,rayuan pertama dan rayuan seterusnya : RM100.00
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 TAHUN KE ATAS DAN BERRMASTAUTIN DI NEGERI SELANGOR.
  2. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) ditetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di Jadual 4 di bawah ;
    Jadual 4
    Bil. Julat Harga Pasaran Hartanah Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM)
    1 RM200,00.00 – RM300,000.00 15,000.00
    2 RM300,001.00 ke atas Tidak tertakluk
  3. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi lima (5) tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula ;
  4. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang hartanah komersial yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Negeri Selangor kecuali Bil. 2 (Jadual 4) ;
  5. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam Negeri Selangor / kawasan Lembah Klang ; dan
  6. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang / rela hati tanpa apa-apa balasan / tiada hubungan kekeluargaan dan belian / pemilikan secara lelongan dari tarikh memeterai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh lima (5) tahun. Selain daripada kes di atas seperti perintah pembahagian pusaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik.
  7. Penetapan kadar fi pemprosesan yang baru bagi setiap kategori permohonan kebenaran pindah milik di LPHS adalah seperti berikut :

    Bil. Kategori Permohonan Bayaran Fi (RM)
    1 Permohonan kali pertama, rayuan pertama dan rayuan seterusnya RM100.00

     

19