Kedai / Kilang / Industri Mampu Milik

Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor

Syarat-Syarat Kebenaran Pindah Milik

  1. Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN DARI TARIKH PERJANJIAN JUAL BELI sedia ada
  2. Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :
    – Permohonan baru,rayuan pertama dan rayuan seterusnya : RM100.00
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas ;
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ;
  3. Had jumlah pendapatan ditetapkan berdasarkan harga pasaran kedai dan kilang (harga rendah) seperti Jadual 2 berikut :-
    Jadual 2
    Bil. Julat Harga Pasaran Hartanah Komersial (Harga Rendah) Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM)
    1 RM 120,000.00 – RM 180,000.00 10,000.00
    2 RM 180,001.00 – RM 240,000.00 12,000.00
    3 RM 240,001.00 – ke atas 15,000.00
  4. Tempoh pendaftaran perniagaan tertakluk kepada harga pasaran kedai / kilang / industri mampu milik seperti Jadual 3 berikut :-
    Jadual 3
    Bil. Julat Harga Pasaran Hartanah Tempoh Perniagaan
    1 RM500,000.00 ke bawah Minimum 6 bulan
    2 RM500,001.00 dan ke atas Tidak tertakluk
  5. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi lima (5) tahun daripada perjanjian jual beli / Kontrak Lelongan sebelum boleh dijual semula ;
  6. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang hartanah komersial di Negeri Selangor kecuali Bil. 2 (Jadual 3) ;
  7. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam Negeri Selangor / kawasan Lembah Klang.
  8. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang / rela hati tanpa apa-apa balasan / tiada hubungan kekeluargaan dan belian / pemilikan secara lelongan dari tarikh memeterai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti perintah pembahagian pusaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik.
  9. Penetapan kadar fi pemprosesan yang baru bagi setiap kategori permohonan kebenaran pindah milik di LPHS adalah seperti berikut :

    Bil. Kategori Permohonan Bayaran Fi (RM)
    1 Permohonan kali pertama, rayuan pertama dan rayuan seterusnya RM100.00

     

30